Impian setiap orang yang mengamalkan diet atkin mestilah nak dapat ketosis. Kiranya macam "atkins dan ketosis berpisah tiada".. Haha... Mesti ramai yang baru nak berjinak-jinak dengan diet atkins ni tak tahu ataupun tak berapa jelas mengenai ketosis kan? Okey, cikkboo share info sikit-sikit iyer..
Maksud Ketosis
Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.
Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa. Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia.
Tanda-tanda ketosis
Semasa proses ketosis sedang berlaku terdapat beberapa tanda yang boleh perhatikan. Biasanya pada peringkat awal sahaja dan mengambil tempoh dalam tempoh 3-4 hari pertama. Dalam 3-4 tu kiranya proses badan kita nak sesuaikan diri dengan mengambilan karbohidrat yang minima (20g sehari). Selepas tu, semua tanda-tanda tu hilang dan kembali macam biasa.
Antara tanda-tandanya:
1) Nafas berbau
Cara nak kurangkan masalah tu korang bolehlah makan gula-gula (yang sugar free iyer. Baca label sebelum beli) tapi dalam sehari jangan la sampai berpuluh biji makan.. Berpada-pada la haha.. Satu lagi cara yang paling senang korang kurangkan bercakap, kurangkan bergosip-gosip pada permulaan diet ni iyer hehe..
2) Pening
Pening yang dimaksudkan kat sini bukan la sakit kepala teruk sampai tahap migrain & tak boleh bangun semua tu. Pening dia "light-light" macam pening-pening lalat jer.
3) Kuat Kencing
Bahasa sopan sikit kerap buang air kecil. Benda tu normal la kan kita dah minum air banyak so, mesti la buang air pun kerap.
4) Tenaga Bertambah
Pengalaman cikkboo sendiri selepas hilang pening-pening lalat tu tiba-tiba jer muncul extra energy entah dari mana haha.. Mungkin masa tu badan dah dapat adapt tak ambil banyak karbo & kesan tak ambil gula (cerita kesan badan kita tak ambil gula nanti cikboo cerita iyer)
5) Kurang selera makan
Korang tak percaya? Try buat sendiri. Dulu masa tengah survey-survey nak belajar pasal atkins ni cikboo pun tak berapa nak percaya sehari ambil 20g jer karbo, boleh kebulur macam tu. Tapi dah try sendiri baru tahu huhu..
6) Mulut kering
Mulut kering ni macam bila kita puasa. Puncanya kurang minum air. Tapi kalau korang follow rules atkins masalah ni tak kan muncul sebab diet atkins memang kena minum banyak air (25kg berat badan bersamaan 1 liter air)
7) Air liur pekat
Penyelesaiannya sama juga macam kat atas. Banyakkan minum air.
8) Air kencing pekat
Penyebab dan penyelesaiannya sama macam kat point 6 dan 7.
9) Jerawat naik
Jerawat naik ni disebabkan oleh toksik dan lemak dalam badan kita yang entah dah berapa kurun terkumpul nak dikeluarkan. Cara dua benda alah tu keluar melalui jerawat la. Ada juga yang mengalami gatal-gatal macam ruam tu. Kiranya ni proses detoks badan kita. Jangan gelabah, minum banyak-banyak air nanti hilang la
9 tanda-tanda ketosis kat atas tu tak jadi pada semua orang iyer. Ianya bergantung pada tubuh setiap individu. Kalau cikkboo masa ketosis cuma rasa pening-pening lalat.. jerawat naik sikit-sikit..