Rabu, 19 April 2017

Hai.. hari ni cikkboo nak cerita mengenai Atkins. Insyaallah lagi detail dari sebelum ni **cerita sikit-sikit, ala-ala review jer Kenapa mesti Atkins sebab cikkboo tertarik nak try diet ni. Maybe lepas try diet ni leh tukar nama dari cikkboo ke cikkkuu huhu.. Okay start nak cerita pasal aktins.

Okey, kita start dengan pengasas diet ni.Pengasas diet ni ialah Dr. Robert C. Atkins.  Wikipedia kata, semasa muda Dr Atkin adalah seorang pelawak dan sema sa berumur 14 tahun pernah bekerja sebagai seorang penjual kasut. Dulu Dr Atkins ni orang yang gemuk juga. Bayangkan pada tahun 1963 berat dia mencecah 100kg. Selepas itu beliau cuba berubah dengan menjadikan satu post yang dibuat oleh Dr. Alfred W. Pennington sebagai inspirasi.

Selepas sekian lama, ketika Dr Atkins masih lagi menjadi medical consultant di AT&T, beliau berjaya membuatkan 65 pesakitnya berada pada berat badan yang ideal. Pada awal tahun 1990an beliau mempunyai 87 orang staff bekerja dengan nya di Manhattan. Sehingga hari ini, pada tahun 1992 naskah buku beliau yang bernama Dr. Atkins’ New Diet Revolution telah direview semula untuk menambah fleksibility kepada pengguna yang telah dibaca oleh 15 juta pengguna seluruh dunia.

Apa itu diet Atkins? Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet (diet Atkins) dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Di dalam diet Atkins ni ada 4 fasa yang perlu korang ikut iaitu: 
1. Fasa Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan & berat badan.
2. Fasa Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Fasa Pre-maintenance
4. Fasa  Lifetime Maintenance

Sekarang kita go through pula satu persatu bagi setiap fasa.

1. Fasa Induction (permulaan dan pengenalan)

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Makanan Yang Boleh dan Tak Boleh Dimakan Semasa Fasa Induction


2. Fasa Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

Fasa Ongoing Weight Loss  atau penyusutan berat berterusan, korang bolehlah tambahkan kekacang, kemudian buah-buahan rendah karbohidrat, makan yogurt, keju segar, tomato & Limau nipis. Meningkatkan pengambilan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya tahu had toleransi karbohidrat korang.

Had toleransi kabohidrat korang ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan korang boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-80 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari.


3. Fasa Pre-maintenance

Memasuki fasa 3 iaitu Pre-Maintenance atau Pra-Penyelenggaraan, boleh ditambah buah-buahan yang lain, maka sayur-sayuran yang lebih tinggi karbohidrat, maka bijirin penuh; secara beransur-ansur meningkatkan pengambilan karbohitrat jika masih kehilangan berat badan.


4. Fasa  Lifetime Maintenance

Fasa  Lifetime Maintenance untuk mengekalkan berat badan, korang perlu tahu berapa gram karbohidrat korang boleh makan setiap hari, Dalam fasa Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance), korang perlu berlajar menentukan & mencari jumlah karbohidrat yang korang boleh diambil. Tetapkan nilai pengambilan karbohidrat sesuai dengan toleransi badan anda terhadap karbohidrat.


Nota Kaki:
- Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu
- Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)








Khamis, 13 April 2017

Shopping Untuk Diet Atkins

Hai.. ramai yang kata diet atkins ni banyak sangat benda yang tak boleh makan. Itu tak boleh makan.. ini tak boleh makan. Habis tu apa yang boleh makan?? Macam mana nak shopping barang-barang makanan kalau tengah diet ni? So, kat bawah ni ada sikit panduan dan cara-cara untuk korang shopping makanan yang lulus atkins. Lepas ni boleh shopping banyak-banyak buat stok dengan senang hati hehe..



Bahagian Daging:

1. Semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2. Semua jenis ikan, udang dan ketam okay.





Section Frozen Food / Makanan Dibeku:

1. Berhati-hati memilih sosej dan burger.
    **Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2. Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.




Bahagian Sayur dan Buah-buahan:

1. Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2. Elakkan buah-buahan.




Bahagian Makanan Ringan:

1. Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkan Obesiti di kalangan kanak-kanak.
2. Jauhi gula-gula / coklat.



Section Makanan Dalam Tin:

1. Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2. Jangan beli buah-buah dalam tin. Bergula tinggi!




Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

1. Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2. Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.




Bahagian-bahagian Lain:

1. Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2. Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3. Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.




Nota kaki: 

-  Kalau ke restoran/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup daging, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
-  Fast food
    **McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
    **KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
-  Ayamas, AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.









Rabu, 12 April 2017

Jenis-jenis Diet Yang Popular di Malaysia

Hai.. Hrni cikkboo nk cerita sikit mengenai diet.. First, mesti la kena tahu apa itu diet kan? Mengikut kamusbahasaindonesia.org, **kenapa dari kamus indonesia? Sbb itu jer yg jumpa hehe.. diet adalah aturan makanan khusus untuk kesihatan dan sebagainya (biasanya atas nasihat dan petunjuk doktor).

Sebenarnyer ada banyak jenis diet di seluruh dunia. Tapi, hari ni cikkboo nak cerita sikit **sikit ke? pasal jenis-jenis diet yang popular di Malaysia. Tapi tak tahu lah sama ada korang pernah dengar semua jenis diet-diet ni atau tak hehe..



1. Diet mengikut jenis darah

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB dan O. Diet mengikut jenis darah atau ‘Blood Type Diet’ (BTD) diperkenalkan Dr. Peter D’Adamo menerusi buku ‘Eat Right For Your Type’ (1996). Dalam kajiannya, Adamo mendapati setiap jenis darah menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan khususnya tumbuhan kekacang.

Menurutnya, setiap individu memiliki tindak balas berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah akan memberi kesan positif seperti emosi yang lebih stabil mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan melawan penyakit. Selain itu, pengambilan makanan yang bersesuaian darah pula dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme tubuh.




2. Diet seimbang

Diet seimbang maksudnya menu harian kita lengkap dengan pelbagai nutrien. Senang cerita, piramid makanan yang selalu korang tengok tu. Itulah asas jumlah pengambilan kalori seharian kita. Nak Kuruskan Badan? diet jenis ni berdasarkan Kira Kalori Harian.
Contoh jadual pemakanan seimbang ikut keperluan kalori harian. **kalau nak turunkan berat badan kena ambil kalori rendah lagi dari ini**


3. No rice diet

No rice diet dibahagikan kepada tiga fasa. Semua memberi tumpuan sepenuhnya kepada kanji, produk tanpa lemak tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. menu harian anda tidak akan mengandungi apa-apa selain daripada komponen ini dalam fasa pertama, yang berlangsung selama satu minggu. Dalam fasa dua dan tiga, anda akan dibenarkan satu hari seminggu ikan, telur atau daging tanpa lemak bersama-sama dengan makanan asas diet ini. Fasa kedua berlangsung selagi ia mengambil masa untuk anda untuk mencapai matlamat berat badan anda. Fasa tiga, juga dikenali sebagai penyelenggaraan, adalah bertujuan untuk menjadi pelan diet anda untuk sepanjang hayat anda. Dalam semua peringkat, anda dikehendaki menyediakan dan mengambil makanan anda tanpa garam ditambah atau lemak.


4. Diet Dukan

Pierre Dukan adalah pengasas kepada diet Dukan. Beliau telah menumpukan masa beliau sebagai pakar pemakanan untuk membangunkan kaedah terbaik untuk mengurangkan berat badan tanpa mendapat kembali. Dengan Diet Dukan dan 100 makanan yang dibenarkan sebanyak mana yang anda mahu, korang boleh menurunkan berat badan tanpa mengira kalori dan tanpa apa-apa sensasi lapar. Diet Dukan adalah salah satu protein yang hyper, sihat dan semula jadi. Kaedah Diet Dukan dikatakan dapat membantu korang untuk menstabilkan "True Weight" korang untuk selama-lamanya.

Diet jenis ni ada dua fasa. fasa satu, fasa "Attack" pendek dan mendadak dengan kehilangan cepat berat badan (72 protein tulen, daging, ikan, telur dan lain-lain). Fasa dua, fasa "Cruise" (lebih daripada 28 sayur-sayuran) untuk mencapai "True Weight".


5. Diet atkins

Diet Atkins mempunyai 4 fasa; induction, on-going weight loss, pre-maintenance, lifetime maintenance, yang mesti kena ikut. Tujuan utama 4 fasa ini dibentuk supaya proses penurunan berat badan korang boleh diurus dan dirancang dengan lebih baik lagi. 4 fasa ini bertindak seakan pandu arah untuk memastikan anda dalam peringkat diet yang betul yang sesuai dengan badan anda sendiri.
Makanan yang boleh diambil untuk diet atkins mengikut fasa


6. Diet Cambridge

Diet Cambgidge atau nama lainnya "Cambridge Weight Plan" adalah kalori yang rendah atau pelan kalori diet yang amat rendah. Ia terdiri daripada berjenama shake, bar, sup dan bubur. Diet ini boleh meggunakan produk untuk penurunan yang cepat ataupun menggunakan bahan-bahan/makanan-makanan yang biasa untuk penurunan yang beransur-ansur.

Diet Cambridge telah dibangunkan oleh Dr Alan Howard di Universiti Cambridge sebagai kaedah cepat menumpahkan berat badan.Program-program yang terdiri daripada 415 kalori sehari kepada lebih daripada 1500

Korang tidak boleh membeli mana-mana produk di kedai atau online. Kalau korang nak try diet ni, korang hanya boleh berbuat demikian dengan mendapatkan berhubung dengan perunding Pelan Berat Cambridge, yang akan melawat korang, menimbang dan mengukur korang dan membuat keputusan yang program paling sesuai dengan keperluan korang.

Contoh produk-produk makanan diet Cambridge


7. Diet slim-fast

Seperti kebanyakan diet yang lain, diet slim-fast adalah diet rendah kalori. Ia mencadangkan korang untuk mengambil 1200 kalori dalam sehari yang kebanyakannya datang dari tiga makanan ringan, dua penggantian hidangan slim-cepat dan satu hidangan 500 kalori yang korang menyediakan di rumah. Oleh itu, pelan ini juga dikenali sebagai pelan 3-2-1.

Ini membolehkan korang untuk mempunyai makanan yang seimbang setiap hari seperti mendapatkan nutrien yang diperlukan. Selain itu, slim pengganti makanan segera mengandungi kurang kalori daripada makanan biasa korang. Terdapat pelbagai produk cepat kurus seperti bar, shake, sup dan pasta beku yang boleh menggantikan makanan anda. Bar snek nipis-cepat mengandungi hanya 130 kalori manakala bar gantian hidangan pek 220 kalori setiap satu. Semua dalam semua, korang perlu makan dua kali sehari dan makanan ringan. Daripada jumlah ini, korang boleh mempunyai satu hidangan tetap 600 hingga 700 kalori untuk memuat sarapan, makan tengah hari atau makan malam sebagai satu pilihan korang. Kiranya diet ni lebi kurang macam diet Cambridge la. Ada guna produk untuk turun berat badan.
Antara produk Slim-fast


8. Diet detox

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.


Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan di sini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mata tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Kerana badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. Ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.


9. The south beach diet

Berdiet dengan cara ini akan mempengaruhi pola makan yang tinggi kandungan proteinnya, mengawal pengambilan lemak serta bebas daripada mengambil karbohidrat kompleks. Uniknya, diet ini dapat membantu melangsingkan tubuh tanpa rasa lapar, menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, mengawal paras gula dalam darah di samping dapat mencegah daripada mendapat penyakit jantung. Namun, biasanya menu ini tidak banyak pilihan kerana ia hadir dalam bentuk produk tenusu termasuk daging.


10. Zone diet

Diet Zone telah dibangunkan oleh Dr. Barry Sears lebih daripada 30 tahun yang lalu untuk mengurangkan diet yang disebabkan keradangan.


Diet Zone akan membantu anda mengurangkan berat berlebihan, secara mendadak mengurangkan risiko penyakit kronik, dan meningkatkan prestasi mental dan fizikal korang boleh menikmati kehidupan yang lebih panjang lebih memuaskan. Diet Zone bukan diet fad, tetapi program pemakanan sepanjang hayat berasaskan sains kuat untuk mengurangkan diet yang disebabkan keradangan.


11. Rawfood diet

Matlamat makan "rawfood" adalah untuk mendapatkan banyak nutrien dengan cara yang mudah untuk dihadam, salah satu yang badan kita secara semula jadi sesuai untuk. Walaupun tidak ada keperluan untuk pergi sepenuhnya mentah atau mengisytiharkan diri "vegan mentah," dan pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya beberapa sayur-sayuran mentah dan buah-buahan setiap hari adalah penting untuk hampir semua orang. Diet "Rawfood" telah wujud sejak tahun 1800-an
.

12. The cabbage soup diet

Kaedah diet ini adalah dengan hanya mengambil sup sayur seperti kubis selama tujuh hari berturut-turut di samping beberapa makanan lain yang rendah karbohidrat kompleks, protein, dan lemak. Berdiet dengan sup sayur sangat cepat hasilnya dalam menurunkan berat badan berbanding diet lainnya. Namun begitu,diet cara ini akan membuatkan pendiet cepat berasa lapar. Tambahan pula ia termasuk dalam kalori yang rendah sehingga memberi kesan kepada pengurangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Akhirnya ia akan mendatangkan kesan sampingan seperti kembung perut, kurang bermaya, sering sakit kepala dan kadar konsentrasi yang kian menurun.  Jika anda masih ingin mencuba diet ini, disarankan agar mengambil suplemen tambahan seperti multivitamin dan mineral bagi menampung zat mineral badan yang hilang.


13. The sugar buster diet

Busters gula! berfungsi dengan mengurangkan kalori daripada gula tambahan dan makanan yang diproses, dan dengan menambah makanan yang membantu anda berasa kenyang. Diet yang kaya dengan sayur-sayuran yang tinggi serat, batu-tanah bijirin penuh, daging tanpa lemak, ikan, lemak sihat, tenusu rendah lemak, dan buah-buahan adalah asas kepada rancangan penurunan berat badan yang sihat.

Okey! nak cerita itu jer. Kalau korang nak tahu lagi detail kena la google sndiri iyer dan yang paling penting mintak nasihat orang2 yang pakar sebab bukan semua jernis diet sesuai untuk semua orang.

Last sekali, benda yang paling.. paling.. penting. Tak kira lah korang diet guna kaedah apa pun ialah bersenam. barulah kurus dan sihat! :)