Rabu, 19 April 2017

Hai.. hari ni cikkboo nak cerita mengenai Atkins. Insyaallah lagi detail dari sebelum ni **cerita sikit-sikit, ala-ala review jer Kenapa mesti Atkins sebab cikkboo tertarik nak try diet ni. Maybe lepas try diet ni leh tukar nama dari cikkboo ke cikkkuu huhu.. Okay start nak cerita pasal aktins.

Okey, kita start dengan pengasas diet ni.Pengasas diet ni ialah Dr. Robert C. Atkins.  Wikipedia kata, semasa muda Dr Atkin adalah seorang pelawak dan sema sa berumur 14 tahun pernah bekerja sebagai seorang penjual kasut. Dulu Dr Atkins ni orang yang gemuk juga. Bayangkan pada tahun 1963 berat dia mencecah 100kg. Selepas itu beliau cuba berubah dengan menjadikan satu post yang dibuat oleh Dr. Alfred W. Pennington sebagai inspirasi.

Selepas sekian lama, ketika Dr Atkins masih lagi menjadi medical consultant di AT&T, beliau berjaya membuatkan 65 pesakitnya berada pada berat badan yang ideal. Pada awal tahun 1990an beliau mempunyai 87 orang staff bekerja dengan nya di Manhattan. Sehingga hari ini, pada tahun 1992 naskah buku beliau yang bernama Dr. Atkins’ New Diet Revolution telah direview semula untuk menambah fleksibility kepada pengguna yang telah dibaca oleh 15 juta pengguna seluruh dunia.

Apa itu diet Atkins? Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet (diet Atkins) dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Di dalam diet Atkins ni ada 4 fasa yang perlu korang ikut iaitu: 
1. Fasa Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan & berat badan.
2. Fasa Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Fasa Pre-maintenance
4. Fasa  Lifetime Maintenance

Sekarang kita go through pula satu persatu bagi setiap fasa.

1. Fasa Induction (permulaan dan pengenalan)

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Makanan Yang Boleh dan Tak Boleh Dimakan Semasa Fasa Induction


2. Fasa Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

Fasa Ongoing Weight Loss  atau penyusutan berat berterusan, korang bolehlah tambahkan kekacang, kemudian buah-buahan rendah karbohidrat, makan yogurt, keju segar, tomato & Limau nipis. Meningkatkan pengambilan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya tahu had toleransi karbohidrat korang.

Had toleransi kabohidrat korang ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan korang boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-80 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari.


3. Fasa Pre-maintenance

Memasuki fasa 3 iaitu Pre-Maintenance atau Pra-Penyelenggaraan, boleh ditambah buah-buahan yang lain, maka sayur-sayuran yang lebih tinggi karbohidrat, maka bijirin penuh; secara beransur-ansur meningkatkan pengambilan karbohitrat jika masih kehilangan berat badan.


4. Fasa  Lifetime Maintenance

Fasa  Lifetime Maintenance untuk mengekalkan berat badan, korang perlu tahu berapa gram karbohidrat korang boleh makan setiap hari, Dalam fasa Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance), korang perlu berlajar menentukan & mencari jumlah karbohidrat yang korang boleh diambil. Tetapkan nilai pengambilan karbohidrat sesuai dengan toleransi badan anda terhadap karbohidrat.


Nota Kaki:
- Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu
- Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan